About Us

About me / Tentang saya

Saya seorang penulis blog separa masa yang gemar memasak. Saya mahu kongsi resepi saya dengan anda semua. Seperti yang anda tahu, orang Malaysia memang suka menggunakan bahasa singkat dalam penulisan mereka tetapi saya akan cuba menggunakan bahasa baku untuk blog ini supaya pelbagai masyarakat dapat memahaminya. Bukan sahaja pembaca dari Malaysia bahkan luar negara. Cita-cita saya untuk membangunkan sebuah blog di mana saya boleh berkongsi segalanya dengan pembaca tapi untuk blog ini saya buat bertemakan resepi sahaja.

Menulis dan memasak merupakan dua hobi yang tidak saya dapat pisahkan. Seperti kuku dan isi, air dan tebing. Begitulah eratnya kedua-dua hobi saya. Waktu lapang saya juga gemar bersukan untuk tujuan kesihatan, kadang kala berzumba dengan rakan-rakan. Berzumba ini faedahnya ada dua; bersosial dengan rakan-rakan dan bersenam. Jadi, anda bila lagi? Haha. OK, itu sedikit sebanyak pengenalan mengenai saya iaitu penulis blog ini. Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya dan tolong kongsi resepi saya. Jom memasak! 🙂