Mee Tanghoon Goreng

Resepi Mee Suhun/Suhoon(Tang Hoon) Goreng

Resepi kali ini adalah resepi mee suhun/suhoon atau mee tang hoon goreng yang banyak digunakan dalam masakan ayam tetapi kini telah diolah menjadi mee suhun goreng sahaja. Pasti anda pernah makan tang hoon yang dimasak bersama ayam, bukan? Itu adalah masakan yang sangat popular dalam kalangan orang Cina di Malaysia. Perbezaan antara mee hoon biasa dan mee suhun adalah tekstur mee itu sendiri. Mee suhun lebih cepat masak dan kelihatan lut sinar, itulah sebabnya ia dinamakan mee suhun. Kebanyakan orang bingung dan menyamakan mee ini dengan bihun tetapi ia adalah mee yang berbeza. Tanpa bersembang lebih lama, jom cari bahan-bahan untuk resepi kita ini.

Bahan-bahan Mee Suhun/Suhoon(Tang Hoon) Goreng

  1. Mee tanghoon saiz kecil (50g)
  2. Bawang putih 3 ulas
  3. Bawang merah kecil 2 ulas
  4. Bawang besar merah 1/2 potong
  5. Lada padi 3 biji (ikut suka)
  6. Cili boh 1 sudu besar
  7. Kicap pekat 2 sudu kecil
  8. Sos cili 1 sudu besar
  9. Sedikit isi ayam
  10. Sayur kubis atau sawi sedikit
  11. Air semangkuk kecil

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak di kuali, pastikan anda meletakkan minyak secukupnya kira2 setengah mangkuk kecil. Gunakan api yang kecil atau sederhana kecil sahaja.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar merah dan lada padi tetapi jangan sehingga lumat sangat kerana kita hanya ingin mengeluarkan aroma bahan-bahan tadi. Jumlah lada padi itu boleh anda kurangkan atau tambahkan mengikut suka.
  3. Gorengkan isi ayam yang telah dipotong mengikut saiz yang anda suka. Kalau saya memang saya potong kecil supaya mudah digigit. Goreng dalam 2 hingga 3 minit sahaj supaya isi ayam itu tidak terlalu garing.
  4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi(pada langkah ke-2) ke dalam kuali. Memandangkan kita menggunakan api yang kecil, proses menggoreng bahan kisar ini mungkin mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 minit. Perhatikan bahan-bahan kisar itu, sekiranya sudah naik aroma bolehlah teruskan ke langkah ke-5.
  5. Masukkan cili boh dan sos cili serta kicap. Goreng lagi dalam 2-3 minit. Masukkan sayur kubis atau sawi.
  6. Masukkan sedikit air lalu gaulkan sehingga merata bahan2 tadi, kemudian masukkan mee hoon kaca itu lalu diratakan sekali lagi. Tunggu sehingga masak iaitu dalam 5 hingga 7 minit.

Baiklah, mee hoon kaca goreng siap untuk dijamah. Sajian ini hanya untuk seorang individu, kalau anda ingin masak untuk seisi keluarga anda boleh tambahkan 2 hingga 3 plastik mee hoon itu serta jumlah ayam yang anda inginkan. Bagi resepi ini saya tidak menggunakan telur kerana saya tidak mahu bau telur itu merosakkan mee hoon itu. Oleh itu, saya cadangkan anda untuk menggoreng telur dadar secara berasingan. Sajian ini sememangnya sesuai sekali untuk sarapan pagi kerana menu ini ringan. Kebanyakan orang tidak suka untuk menjamah sesuatu yang berat pada awal pagi jadi ini merupakan alternatif terbaik bagi mereka. Selamat mencuba.

Tags: ,
Previous Post
Resepi Buncis Resepi Buncis Sihat dan Enak
Resepi

Resepi Buncis Sihat dan Enak

Next Post
Resepi Ayam Masak Merah Resepi Ayam Masak Merah
Resepi

Resepi Ayam Masak Merah

Leave a Reply