Resepi Ayam Bakar Madu Resepi Ayam Bakar Madu

Resepi Ayam Bakar Madu

Anda mahu mencuba resepi ayam bakar madu yang sedap sampai menjilat jari? Kini anda sudah jumpa kerana saya kongsikan resepi ayam bakar madu yang rasanya seakan-akan ayam yang dijual di pasar malam. Yang RM2.50 sekepak, kan sekarang anda sudah boleh sediakan sendiri untuk dijamah bersama keluarga. Lagi jimat tahu. Resepi ayam bakar madu ini agak manis tetapi jika anda suka, anda boleh letakkan sedikit serbuk cayenne untuk menambahkan kepedasan ayam madu anda. Kalau ayam bakar madu sedap, tetapi kalau dalam kehidupan kita “madu” itu perit untuk seorang perempuan. Alahai, kita cerita benda baik sahaja dan jangan ingat benda-benda negatif yang boleh merosakkan kehidupan kita. Semoga dalam perkahwinan, kita semua akan dapat menempuhi segala dugaan bersama orang tersayang. Walapun kehidupan ini hanya sekejap, semoga kita sentiasa bahagia dan selamat di dunia dan akhirat.

Kali ini kita tidak akan menggunakan kuali tetapi kita gunakan oven. Kalau anda memiliki tempat bakar ayam khas yang menggunakan arang, itulah yang lebih baik digunakan sebab aroma dari arang itu memberikan rasa yang sedap tidak terkata. Tetapi anda harus jauhkan dari memakan ayam panggang atau ayam bakar ketika mengandung kerana menurut sesetengah kepercayaan, anak yang bakal dilahirkan akan berkulit gelap. Kesahihan petua ini masih belum dapat dipastikan tetapi lebih baik dielakkan. Maklumlah, orang zaman dahulu mempunyai banyak pantang larang dan kita sebagai generasi terkini masih mengamalkannya. Dalam hidup kita harus bersederhana, jangan terlalu moden dan jangan juga terlalu berfikiran tradisional. Gabungan pemikiran moden dan tradisional adalah lebih baik kerana anda mempunyai pelbagai pengetahuan dalam dua kategori jadi anda boleh menggabungkan pengetahuan tersebut dalam membuat keputusan. Untuk menu ini, madu artificial atau tidak asli boleh digunakan. Sekarang di pasaran terdapat pelbagai jenis madu dan kebanyakannya bukan madu yang 100% asli jadi anda masih boleh gunakannya untuk menu ini. Madu asli penuh sememangnya sihat tetapi harganya juga mahal, sebotol boleh mencecah RM40. Kalau madu yang artificial, ini murah dan boleh dibeli dengan harga kurang dari RM10 sebotol. Kalau anda ingin tahu cara mengenal pasti sama ada madu itu asli atau tidak, anda boleh lihat di Youtube.

Resepi Ayam Bakar Madu Resepi Ayam Bakar Madu

Bahan-bahan Ayam Bakar Madu

  1. 6 biji kepak ayam atau kalau mahu guna seekor ayam pun boleh – potong kecil atau ikut sukalah besar mana nak.
  2. 3 Ulas bawang putih – tumbuk 3. seinci halia – tumbuk
  3. 2 Sudu makan cili kering kisar – tumis sampai masak
  4. 2 Sudu makan serbuk kari daging
  5. 5 Sudu makan madu guna madu apa pun boleh,
  6. Garam secukup rasa
  7. 3 Sudu makan sos tiram
  8. 1 Sudu makan lada hitam – tumbuk

Cara Penyediaan

1.   Kepak ayam dibersihkan dan tos. Untuk hilang bau ayam, cucilah dengan tepung gandum.
2.   Satukan semua bahan-bahan dan kacau.
3.   Ambil 2 sudu besar bahan tadi dan gaul dulu pada ayam
4.   Perap selama 30 minit hingga satu jam supaya perasa tadi meresap ke dalam ayam jadi ayam anda ada rasa di dalam mahupun di luar. Satu lagi pilihan, anda boleh letakkan tomato, jagung serta kentan.
5.   Suhu 180 degree, bakar selama 40 min

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, anda boleh menggunakan resepi kita ini untuk dijadikan perniagaan sampingan atau sepenuh masa. Buat yang sedia ada pekerjaan, boleh jadikan ini sebagai perniagaan sampingan bagi menambah sedikit sebanyak wang dalam simpanan. Anda boleh mencuba untuk mula membuka gerai kecil-kecilan sebagai permulaan dan percubaan, dengan usaha yang banyak anda boleh menjadikan perniagaan anda besar. InsyaAllah.

Tags: , ,
Previous Post
Resepi Ayam Masak Merah Resepi Ayam Masak Merah
Resepi

Resepi Ayam Masak Merah

Next Post
Resepi Nasi Goreng Kampung Resepi Nasi Goreng Kampung
Resepi

Resepi Nasi Goreng Kampung