resepi ayam masak butter basah sedap

Resepi Ayam Masak Butter

Resepi ayam masak butter memang resepi kegemaran saya kerana ia sangat berlemak dan berkrim. Terdapat dua jenis ayam masak butter iaitu ayam masak butter jenis basah atau jenis kering. Resipi ayam masak butter yang saya akan kongsikan hari ini adalah terinspirasi daripada restoran yang saya selalu lawati, harga bagi satu menu ini adalah dalam sekitar RM7 hingga RM9. Jadi dengan memasaknya sendiri Saya boleh berjimat dengan lebih banyak lagi dan satu keluarga saya boleh menjamu menu ini bersama.

resepi ayam masak butter basah sedap

Sekiranya tahap kolestrol anda tinggi, anda harus mengelak dari menjau sebarang menu yang berunsurkan cheese ye. Amalkan pemakanan sihat.

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Butter

4 biji cili padi merah
3 biji cili hijau
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar Bombay
4 sudu besar butter
1 helai cheese cheddar
1 hingga 2 batang daun kari
200 ml susu cair
30ml air
Garam secukupnya
200 gram isi ayam
2 sudu besar kari
4 sudu besar tepung jagung

Cara penyediaan

  1. Pertama sekali kita akan perapkan ayam bersama beberapa bahan iaitu: Dada ayam yang telah dipotong, garam, kari dan tepung jagung. Perap selama 10 hingga 20 minit.
  2. Sambil kita memerap ayam kita boleh sediakan bahan-bahannya untuk membuat kuahnya. Potong bawang putih bawang besar dan cili merah serta cili hijau tadi.
  3. Sekarang kita akan gorengkan ayam menggunakan api yang besar atau sederhana besar dan pastikan minyak dah panas supaya ayam yang digoreng dengan irama tetapi dalamnya masih lembut. Setelah siap digoreng toskan ayam dan letakkan di atas kertas minyak.
  4. Gunakan kuali baru yang berbeza. Adalah amat penting untuk menggunakan api yang sangat perlahan. Masukkan butter dan biarkan ia mencair. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga keperang-perangan. Kemudian masukkan bawang putih serta lada merah dan hijau. Masukkan juga daun kari. Tumis lagi sehingga bawang putih itu keperang-perangan.
  5. Sekarang anda boleh masukkan susu cair dan sedikit air. Sebab kenapa kita menggunakan sedikit air adalah untuk mengeratkan ukhuwah kita daripada menjadi terlalu pekat. Renih Selama 1 hingga 2 minit. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau bahan-bahan dan biarkan masak selamanya 5 minit. Untuk perhiasan anda bolehlah menggoreng beberapa helai daun kari dan diletakkan di atas hidangan anda.

Okey sekarang rezeki ayam masak butter jenis basah sudah siap. Saya syorkan anda menghidangkan menu ini bersama nasi panas. Panjang di restoran mereka tidak memberikan sayur-sayuran sebagai kenangan bersama untuk Tapi walau di rumah anda boleh memasak sayur anda sendiri sebagai tambahan kepada hidangan anda. Jadi anda ada lauk dan juga ada sayur sempurna sangat!

Tags: , ,
Previous Post
Resepi Kek Cawan Coklat Almond Lava
Resepi

Resepi Kek Cawan Coklat Almond Lava

Next Post
Resepi Ayam Masak Kicap Resepi Ayam Masak Kicap
Resepi

Resepi Ayam Masak Kicap Simple

Leave a Reply