Resepi Ayam Masak Kicap Resepi Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak Kicap Simple

Resepi yang saya akan kongsikan pada kali ini ialah resepi ayam masak kicap. Memang resepi yang mudah disediakan dan sedap sampai keluarga pun minta masak hari-hari. Ini merupakan post pertama saya jadi kalau anda ingin mencadangkan lebih banyak resepi, anda boleh tinggalkan komen atau hantar idea anda menggunakan borang contact us. Kita harus memandang ke hadapan sebab tidak lama lagi tahun 2020 kan. Tahun baru, kita kena jadi orang baru yang ada kemajuan juga. Sebagai orang yang memiliki kerja sepenuh masa di luar, amat susah bagi kita mempelajari resepi baru. Kalau mahu ambil kelas, kenalah ada masa dan duit untuk mengikuti kelas memasak tersebut. Hari ni perkongsian saya adalah percuma jadi tanpa melengahkan masa. Jom kita tengok apa bahan yang kita perlukan.

Resepi Ayam Masak Kicap Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Kicap Simple

  1. Ayam dipotong dadu
  2. Bunga cengkih
  3. Halia dihiris
  4. Kentang dipotong nipis
  5. Bawang merah dan putih dihiris
  6. Kicap soya
  7. Sos tiram
  8. Sedikit air

Cara Penyediaan

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Pastikan minyak panas lalu masukkan bawang merah dan putih yang telah dihiris, halia dan bunga cengkih. Masak sehingga naik bau bawang-bawang tu.
  2. Masukkan ayam yang telah dipotong dadu dan biarkan ayam masak sekejap, Masukkan kentang yang dipotong nipis tadi supaya ia cepat masak kira-kira dalam 5 minit.
  3. Masukkan kicap soya dan sos tiram ke dalam mangkuk yang diisi dengan sedikit air. Ini akan dijadikan kuah ayam kita supaya ia tidak kering sangat. Kalau anda mahu kuah yang pekat, anda boleh masukkan sedikit air yang telah dicampur dengan air tepung jagung. Kira-kira dalam 5 minit, dah boleh angkat masakan anda. Matikan api terlebih dahulu.

Inilah hasil masakan saya hari ni, ni kalau pesan kat restauran dah RM7. Saya boleh sediakan resepi ni dalam masa kurang 20 minit jer. Zaman sekarang kita kenalah berjimat cermat kan. Lebih-lebih lagi kita bakal menempuh tahun baharu yang pasti akan memakan sedikit belanja. Lagi satu saya mahu pesan kepada orang yang mempunyai tahap kolestrol tinggi, kena kurangkan penggunaan sos tiram dan tepung kanji/jagung tu. Kesihatan juga penting, jadi jangan ambil remeh-temeh hal berkenaan kesihatan. Kita kena makan makanan sihat dan seimbang. Hari ni kita masak menu ayam, esok-esok bolehlah kita tukar menu yang lebih sihat sikit. Seperti yang anda tahu, ayam zaman sekarang ni kadang kala ada yang kena suntik hormon supaya jadi lebih besar.  Sedikit sebanyak hal ini akan memberikan kesan kepada kesihatan kita juga.

Jika anda mempunyai rancangan untuk mengurangkan berat badan, anda harus kurangkan menu ayam juga ya sebab ayam mengandungi banyak lemak. Anda akan berasa sukar untuk menguruskan badan walaupun anda mengamalkan sebarang ubat yang menjanjikan anda langit dan bumi. Haaa. tu dia! Senang jer kalau mahu kuruskan badan, kurang portion atau saiz hidangan, bersukan dan minum air yang banyak. Anda akan nampak kesannya, tidak perlu pakai ubat kurus ya. Kita kuruskan badan secara semulajadi sahaja. Alaa, dah lari topik kita ni. Baiklah, kita bertemu lagi di post akan datang dengan menu baru.

Tags: ,
Previous Post
resepi ayam masak butter basah sedap
Resepi

Resepi Ayam Masak Butter

Next Post
Resepi Kuah Ikan Kunyit Sihat Resepi Kuah Ikan Kunyit Sihat
Resepi

Resepi Kuah Ikan Kunyit Sihat

Leave a Reply