Resepi Ayam Masak Merah Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi ayam masak merah yang saya akan masak kali ini boleh dipermudahkan dengan penggunaan serbuk ayam masak merah yang tersedia di pasaran dengan harga RM3, paling penting boleh dipakai sehingga 2 kali untuk 1 paket. Jimat kan. Tetapi ada dalam kalangan kita yang lebih menyukai cara yang lebih tradisional atau tanpa perencah. Saya syorkan penggunaan perencah buat mereka yang sibuk dengan kerjaya mereka dan kehidupan seharian. Maklumlah, masa terpaksa dibahagikan antara kerja dan keluarga. Jadi resepi kita hari ini akan menjadi lebih mudah tetapi anda pasti menyukainya. Resepi ini boleh dijadikan salah satu cara untuk mempelbagaikan menu anda supaya orang rumah tidak kebosanan memakan menu yang sama. Saya lebih suka menggunakan tomato asli untuk resepi ini sebab tomato memberikan rasa masam manis yang semuljadi disamping memberikan khasiat untuk badan kita.

Terfikir juga untuk menjamu selera di kedai kegemaran saya tetapi adalah lebih baik untuk memasak sendiri kerana kita yakin akan kebersihannya dan kita boleh ubahsuai masakan kita ikut kemahuan. Selain itu, penjimatan yang kita dapat juga lebih besar. Kita beli bahan-bahan semua dan banyak orang dapat menjamunya, berbanding kalau kita makan di kedai hanya kita dapat makan tetapi harga sudah mencecah RM5 hinggan RM7. Yalah, sekarang kan kita dah masuk dalam bajet 2019 jadi kena belajar berjimat. Ini juga membantu meningkatkan kepakaran memasak kita.

Resepi Ayam Masak Merah Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Merah

  1. 4 ketul paha ayam
  2. 1 sudu besar sos cili
  3. 1 sudu besar sos tomato atau 1 biji buah tomato
  4. Serbuk ayam masak merah jenama Ajinomoto atau Seri Aji (2 sudu besar) dibancur dengan air.

Cara Penyediaan

  1. Lumurkan ayam yang dipotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam secara merata.
  2. Panaskan minyak dan goreng hingga 3/4 masak. Ketepikan.
  3. Dengan minyak lebihan goreng ayam tadi (kalau banyak sila kurangkan terlebih dahulu) tumiskan bawang merah serta putih hingga naik bau.
  4. Masukkan sos tomato atau lebih baik menggunakan tomato dan kacau lagi.
  5. Tambahkan garam dan kacau sebati. Oleh sebab kita menggunakan perencah sedia masak, anda tidak digalakkan untuk menambah ajinomoto sebab perencah itu sendiri mempunyai bahan tersebut.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan dengan bahan-bahan tumis hingga sebati.
  7. Kacau sekali sekali dengan api sederhana hingga ayam dan bahan-bahan tumis tadi benar-benar mesra, bolehlah dihidang.

Resepi ayam masak merah merupakan salah satu menu masakan kampung yang mempunyai pelbagai rasa iaitu pedas, manis dan masam. Lidah anda akan dikejutkan dengan kepelbagaian tiga sensasi tadi dan ini sekaligus akan memberikan kelainan dalam masakan anda. Anda juga boleh menghias masakan anda menggunakan bawang goreng yang rangup, sila ikut citarasa anda. Dan kanak-kanak boleh minikmati masakan ini juga kerana rasanya yang kurang pedas. Anda tidak akan perlukan tisu jika memakannya (berkata sambil ketawa). Kalau anda hidangkan makanan ini bersama nasi panas lagi, sedap tidak terkata. Jangan lupa buat minuman sejuk untuk mengakhiri makan malam atau siang anda. Kalau ada anggota keluarga yang merasakan masakan anda pedas, anda boleh segera menghidangkan air sejuk ini untuk menyelamatkan mereka daripada kepedasan. Sudah siap topik kita untuk hari yang istimewa ini, kita jumpa lagi dalam topik akan datang.

Tags: ,
Previous Post
Mee Tanghoon Goreng
Resepi

Resepi Mee Suhun/Suhoon(Tang Hoon) Goreng

Next Post
Resepi Ayam Bakar Madu Resepi Ayam Bakar Madu
Resepi

Resepi Ayam Bakar Madu

Leave a Reply