Resepi Ayam Rangup Korea Dakgangjeong Resepi Ayam Rangup Korea Dakgangjeong

Resepi Ayam Rangup Korea Dakgangjeong

Resepi ayam rangup Dakgangjeong terinspirasi oleh resepi Korea yang amat disukai di Korea. Kali ini saya ingin berkongsi resepi ayam yang memang lain dari yang lain, citarasa yang pasti akan memukau anda. Kebanyakan orang Korea memang tidak suka makan makanan pedas dan hanya segelintir yang menyukai masakan pedas. Orang Malaysia lebih gemar makan pedas, kan? Citarasa berbeza mengikut negara masing-masing kerana kita lebih biasa memakan masakan yang kita diberi sewaktu kecil hinggalah besar. Jadi, untuk pengetahuan anda. Resepi Korea kita kali ini memang pedas tetapi tidak sepedas sambal.

Beberapa tahun yang lepas, trend K-pop telah menjadi begitu viral dalam kalangan rakyat Malaysia. Muzik mahupun drama Korea sentiasa ditonton oleh kita bagi mengisi masa lapang. Saya menyukai drama Korea yang romantik serta yang berunsurkan penyiasatan. Saya juga mengambil tahu tentang artis kumpulan perempuan terbaru seperti BlackPink dan GIdle. Mereka sangat berbakat dari segi tarian serta nyanyian. Selain itu, kulit mereka juga sangat cantik. Oleh itu, terdapat banyak produk kecantikan Korea yang juga kini digunakan oleh pengguna Malaysia termasuk saya. Sememangnya produk kecantikan mereka kebanyakan lebih menggunakana bahan-bahan semulajadi berbanding produk dari negara lain. Harganya lebih mahal berbanding produk lain juga tetapi jika ia berkesan dan selamat, kenapa tidak kita membelinya kerana ia berbaloi. Seperti yang saya katakan tadi, produk mereka menggunakan bahan alam semulajadi jadi efek akan lambat kelihatan tetapi tetap ada dan kita terhindar dari risiko kanser kulit. Anda boleh bayangkan kalau produk itu memberikan efek yang cepat, maksudnya bahan-bahan yang digunakan dalam produk itu sudah tentunya kuat. Kulit kita berbeza jadi mungkin sesetengah orang akan mendapat iritasi dari penggunaan produk dengan bahan kimia yang kuat.

Resepi Ayam Rangup Korea Dakgangjeong Resepi Ayam Rangup Korea Dakgangjeong

Bahan-bahan Ayam Rangup Bulgogi

  1. 8 Kepak ayam yang telah dipotong
  2. Sedikit garam (secukup rasa)
  3. Cili kering kecil 10 batang
  4. Bawang putih 10 ulas
  5. Bawang besar 1 biji
  6. Sedikit bijan (ikut kemahuan)
  7. Telur 2 biji
  8. Tepung gandum secawan
  9. Tepung kanji secawan
  10. Serbuk lada hitam sesudu kecil

Cara penyediaan

  1. Campurkan tepung gandum, tepung kaji, serbuk lada hitam dan garam ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  2. Pecahkan telur 2 biji ke dalam mangkuk dan salutkan ayam-ayam yang telah dipotong dan dibersihkan tadi. Angkat ayam-ayam tersebut dan celupkan ke acuan tepung kita sehingga setiap bahagian disaluti dengan tepung secara rata.
  3. Goreng ayam tadi sehingga keemasan menggunakan api yang kecil kerana tepung yang menyaluti ayam tadi akan menyukarkan bahagian dalaman ayam untuk masak. Oleh itu, kita gunakan api kecil supaya luaran ayam tidak hangus dan dalamannya masak. Setelah siap, ketepikan ayam-ayam tadi.
  4. Kita kupas bawang putih serta bawang besar. Bawang putih itu harus dicincang menjadi kecil manakala bawang besar tadi dipotong nipis secara memanjang atau membulat.
  5. Belah cili kering kecil tadi untuk mengeluarkan biji-bijinya bagi mengelakkan kita dari terkena penyakit. Setelah itu potong kepada dua bahagian atau mengikut suka.
  6. Panaskan minyak di kuali, masukkan bawang putih serta bawang besar. Sekarang, tumis hingga naik bau.
  7. Masukkan kesemua ayam tadi ke dalam kuali serta cilir kering tadi. Campur garam mengikut suka. Gaul sehingga sebati kesemuanya. Angkat dari kuali dan sedia untuk dihidangkan.

Sudah anda cuba resepi ini? Sila berikan komen anda untuk menu kali ini supaya pembaca lain dapat mengetahui keenakan resepi ini. Anda juga boleh menyumbang sebarang tips untuk ditambah ke menu ini yang boleh memperbaiki atau meningkatkan rasa menu ini. Paling seronok kalau makan menu ini bersama nasi panas sambil menonton drama Korea. Daebak!

Tags: , , , ,
Previous Post
kek cawan tanpa telur
Resepi

Kek Cawan (Cupcake) Tanpa Telur

Next Post
kek coklat tanpa telur
Resepi

Resepi Kek Coklat Tanpa Telur