Resepi Char Kuey Teow Resepi Char Kuey Teow

Resepi Char Kuey Teow

Char Kuey Teow yang dimasak oleh orang Cina dan Melayu ada sedikit perbezaan, bergantung dengan selera setiap individu. Char Kuey Teow sangat enak dan terkenal di negeri Pulau Pinang jadi jangan lupa pergi ke bahagian street food di Pulau Pinang untuk merasainya. Kalau anda merancang untuk mengurangkan berat badan, menu ini sesuai kerana hanya mee tiau digunakan dan bukannya mee besar.

Di Pulau Pinang bukan sahaja Char Kuey Teow yang popular tetapi juga asam laksa penang atau asam laksa Pulau Pinang dan bihun goreng udang Hokkien. Semestinya anda akan keliru tentang mana satu daripada resepi resepi resepi ini yang popular tetapi ia bergantung kepada citarasa anda. Walaubagaimanapun, anda semestinya tidak mahu melepaskan peluang untuk merasakan resepi istimewa daripada Pulau Pinang ini. Penggunaan arang batu serta kuali besar juga memainkan peranan dalam menghasilkan rasa yang begitu unik. Tetapi bagi suri rumah di luar sana yang hanya menggunakan dapur gas serta kualiti yang sederhana besarnya anda jangan kecewa kerana kita tetap juga akan menghasilkan resepi Char Kuey Teow yang sedap dan tidak akan menghampakan anda.

Resepi Char Kuey Teow Resepi Char Kuey Teow

Bahan-bahan Char Kuey Teow

  1. Bawang putih dua ulas
  2. Udang kertas/Isi ayam (ikut selera anda).
  3. Telur
  4. Fish Cake
  5. Sos chili
  6. Kicap cair
  7. Mee tiaw
  8. Taugeh
  9. Sayur bawang

Cara penyediaan

  1. Mee tiau yang tadi kita akan keluarkan celurkan dengan air panas dan kita akan keluarkan air yang selebihnya. Pastikan mee kita tidak direndam dengan air kerana air tersebut akan membuatkan mee kita kembang. Ceritanya sama seperti mee Maggi yang kita hanya renehkan dalam air yang mendidih selama 2 hingga 3 minit sahaja bagi mengelakkan mee tersebut daripada kembang.
  2. Seperti biasa anda perlu memanaskan kuali dan minyak. Setelah itu, masak bawang hingga warnanya sedikit keperangan. Lalu masukkan fish cake dan udang kertas atau isi ayam. Kalau anda inginkan kedua-duanya juga boleh. Masak menggunakan api sederhana selama 1 hingga 2 minit sebab udang dan isi ayam cepat masak.
  3. Masukkan mee tiaw tadi dan sebatikan dengan bahan-bahan tadi. Masak selama 2 atau 3 minit, masukkan taugeh. Sekiranya anda suka taugeh yang masih rangup atau separa masak, anda boleh masukkan taugeh pada bahagian akhir. Setelah itu, masukkan lada serta kicap secukup rasa. Anda boleh kurangkan penggunaan lada kalau tidak mahu masakan anda pedas. Sukatan kicap adalah 2 sudu besar. Gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan telur di kuali tanpa mengenakan bahan-bahan yang berada di kuali, maksudnya dipinggir bahan-bahan tersebut. Untuk memastikan telur tadi masak, biarkannya selama 40 saat lalu digaul bersama bahan-bahan dalam kuali. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan tumis semuanya selama 20 saat supaya daun bawang tidak hancur dan kekal segar.

Resepi Char Kuey Tiaw sedap dihidang waktu panas jadi sila jamu selera sebaik sahaja ia selesai dimasak. Rahsia di sebalik masakan yang sedap sudah tentu bergantung dengan kesegaran bahan-bahan yang dipakai dalam masakan anda. Terdapat khabar berita mengatakan bahawa udang yang digunakan dalam masakan Jalanan Pinang ini adalah udang yang telah direndam bersama Sedikit gula dan air bagi mengekalkan kesegarannya serta menghasil mudahnya berjus dan manis. Namun ini adalah hanya satu spekulasi atau andaian Oleh itu kita sebagai tukang masak harus mencuba kepelbagaian dalam masakan dan mencari tahu teknik memasak yang lebih baik supaya setiap masakan kita menghasilkan hasil yang lebih bagus.

Tags:
Previous Post
Resepi Sayur Kailan Resepi Sayur Kailan Sedap
Resepi

Resepi Sayur Kailan Sedap

Next Post
Resepi Durian Crepe Viral Resepi Durian Crepe Viral
Resepi

Resepi Durian Crepe Viral

Leave a Reply