Resepi Durian Crepe Viral Resepi Durian Crepe Viral

Resepi Durian Crepe Viral

Adakah anda pernah merasa resepi durian crepe yang sedang viral sejak beberapa tahun lalu? Kini adalah masa untuk anda menghasilkan durian crepe samada untuk dimakan sendiri atau untuk dijual. Dijual dengan harga tinggi untuk RM6 atau 10 biji untuk RM15. Begitulah harga yang dikenakan oleh kebanyakan penjual durian crepe. Penghasilannya mudah tetapi juga memakan masa kerana kulit durian crepe itu harus dimasak menggunakan suhu yang sesuai agar ia tidak hangus tetapi masak. Baiklah, mari kita lihat apakah bahan-bahan resepi durian crepe.

Resepi Durian Crepe Viral Resepi Durian Crepe Viral

Bahan-bahan Resepi Durian Crepe Viral

1. Tepung gandum 1 cawan
2. Durian segar 1 biji
3. Krim segar atau fresh cream (ikut suka)
4. Kustard berperisa durian (ikut suka)

Cara penyediaan
1. Anda harus menghasilkan kulit durian crepe yang nipis dan lembut tetapi tidak lembut sangat kerana kulit tersebut akan mudah koyak. Campur kan tepung gandum bersama air tepung jagung. Pastikan tidak ada gelembung pada acuan tepung tersebut kerana sekiranya terdapat gelembung pada acuan anda kita akan gagal menghasilkan kulit durian crepe yang lembut. Anda pasti tidak mahu kulit durian crepe anda kelihatan seperti permukaan bulan bukan? Sekarang kita akan memasak acuan ini menggunakan pan. Pen yang sesuai adalah pen yang mempunyai kelebihan anti lekat atau non stick Pan bagi mengelakkan kulit krik kita daripada melekat atau terkoyak. Pan harus dipanaskan terlebih dahulu dan disapu dengan sedikit marjerin atau butter. Sekiranya haba yang sesuai telah dicapai anda bolehlah masukkan acuan tadi secara nipis Sekiranya ada lebihan anda boleh menuang semula acuan tadi ke dalam mangkuk. Masa yang ideal untuk menghasilkan kulit kulit yang cantik ialah satu atau dua minit bagi setiap belah bahagian.
2. Setelah anda selesai memasak kulit durian crepe anda boleh ketepikan supaya ia sejuk. Kita akan beralih kepada pembuatan krim durian crepe menggunakan fresh cream. Sebaiknya kita menggunakan kredit yang mempunyai perasaan durian bagi melebihkan rasa tersebut. Kita campur kan adunan aiskrim bersama dengan kastard yang telah dimasak sehingga sebati. Jika anda telah selesai menghasilkannya, kita boleh beralih ke langkah kedua terakhir berikut.
3. Langkah ketiga ini adalah asas iaitu proses kita membuka atau memisahkan isi durian daripada bijinya. Anda disyorkan untuk menggunakan durian yang termanis di sesetengah orang mengeluarkan bahawa durian B14 adalah durian yang terbaik untuk digunakan bagi menghasilkan durian crepe yang berlemak.
4. Proses terakhir ini hanyalah untuk melipat atau membungkus fresh cream tadi bersama dengan isi durian. Sila ambil kulit durian crepe tadi dan letakkan fresh cream di tengah letakkan kurang daripada sesudu besar bagi mengelakkan aiskrim tersebut melimpah ruah dari kantungnya. Kemudian letakkan sedikit isi durian tadi di atas aiskrim berkenaan. Sekarang anda ambil bahagian kulit crepe di hadapan anda dan lipat sekemas yang boleh. Lipatan yang kemas amat penting sekiranya anda ingin menjual durian crepe ini. Pastikan anda menyimpan durian crepe yang telah siap tadi di dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegaran serta kesedapannya dan durian crepe ini boleh bertahan selama tiga hingga empat hari bergantung dengan keadaan peti sejuk anda.

Kalau anda merancang untuk menjual durian crepe Ini kami syorkan anda untuk mencari kertas cawan dan letakkan durian crepe ini di atas kertas cawan tersebut bagi menambahkan seri durian crepe berkenaan dan menampakkan kekemasan pada hasil tangan anda. Menu ini sangat sedap sehingga membuatkan banyak orang yang tidak suka dengan bau durian tetapi masih menikmati atau memakan durian crepe.

Tags:
Previous Post
Resepi Char Kuey Teow Resepi Char Kuey Teow
Resepi

Resepi Char Kuey Teow

Next Post
Resepi Kari Ayam Resepi Kari Ayam
Resepi

Resepi Kari Ayam / Ikan Sedap

Leave a Reply