Resepi Kek Cawan Coklat Almond Lava

Resepi Kek Cawan Coklat Almond Lava

Resepi Kek Cawan Coklat Almond Lava yang ingin dikongsikan pada kali ini mengandungi telur jadi sesiapa yang alergik dengan telur, boleh cuba resepi kek cawan tanpa telur yang saya pernah kongsikan dahulu. Resepi Kek Cawan Coklat Almond Lava ini berbeza kerana anda akan mendapat coklat cair di tengah-tengahnya disertai dengan almond yang rangup. Resepi ini setanding dengan kek cawan di bakeri premium jadi anda harus cuba.

Resepi Kek Cawan Coklat Almond Lava

Bahan-bahan Resepi Kek Cawan Coklat Almond Lava

Tepung serbaguna (All purpose flour) – 90gram
Butter – 100g
Gula kastor – 1 sudu besar
Gula perang – 2 sudu besar
Esen vanila – 1 sudu teh
Telur 1 biji (Gred A atau B)
Serbuk koko – 1 sudu besar
Almond (badam) – kisar sehingga menjadi kecil tetapi tidak hancur. Gunakan jumlah yang anda mahukan.
Coklat masakan yang dipotong 1 setengah inci dalam bentuk dadu

Cara penyediaan

  1. Kisar almond sekejap dalam masa 5 hingga 10 saat agar ia tidak hancur sangat.
  2. Panaskan oven dalam 10 minit dengan suhu 130 celcius.
  3. Gunakan pengadun untuk mengadun lepa butter anda bersama gula kastor dan gula perang. Pastikan butter anda berada pada suhu bilik (tidak terlalu keras atau lembut). Adunkan bahan ini dalam 35 saat hingga seminit, adunan butter akan kelihatan agak putih. Jangan adunkan berlebihan kerana ia akan merosakkan butter itu.
  4. Masukkan telur dan esen vanilla, ratakan lagi menggunakan pengadun dalam 5 hingga 8 saat.
  5. Tapis tepung serbaguna dan koko bagi mengelakkan adunan berketul dan anda mendapat hasil adunan kek yang lembut. Kemudian, masukkan adunan tepung dan koko ke dalam adunan butter tadi. Adun bahan-bahan semua menggunakan spatula sehingga sebati. Untuk memastikan bahan-bahan benar-benar tergabung, gunakan mixer anda sekali lagi untuk mengadunnya dalam sekitar 10 saat.
  6. Sediakan 11 atau 12 kertas kek cawan pada dulang kek cawan. Isikan separuh atau sesudu besar (sudu makan) adunan itu ke dalam kertas kek cawan, kemudian letakkan coklat masakan sebiji di tengah-tengah adunan itu tadi dan letakkan lapisan atas adunan itu untuk menutup coklat berkenaan. Anda boleh ratakan adunan dalam kertas cawan tadi menggunakan chopstick atau lidi, elakkan menggaul bahagian tengah adunan itu. Terakhir sekali, taburkan almond yang telah dikisar tadi di atas adunan anda.
  7. Masukkan dulang kek cawan ke dalam oven, bakar selama 25 minit dengan suhu 130 celsius. Gunakan lidi untuk memeriksa sama ada kek cawan telah masak atau belum tetapi selalunya memang akan masak kerana tempoh masa 25 minit itu mencukupi. Cucuk lidi itu dan jika lidi itu bersih apabila ditarik keluar dari kek cawan, itu bermaksud kek cawan telah masak. Setiap oven mempunyai kekuatan kuasa yang agak berbeza, jadi untuk mengambil langkah berhati-hati anda boleh bakar kek cawan tadi dengan suhu 20 minit sahaja dahulu. Selepas 20 minit, periksa kek cawan anda dan anda boleh menyambung untuk membakarnya dalam 5 minit lagi jika ia belum masak.

Untuk menghasilkan kek cawan yang sempurna, kualiti bahan serta aspek-aspek lain harus dipertimbangkan. Salah satu tips yang saya peroleh daripada laman Youtube, gunakan butter yang dalam suhu bilik (room temperature) dan pastikan butter tersebut dipukul dengan masa yang tepat kerana jika anda kurang atau terlebih mengadun butter tadi, ia akan menghasilkan kek cawan yang tidak begitu sempurna.

Kek cawan yang kurang sempurna akan kelihatan pecah di atasnya atau di tengah-tengahnya tenggelam. Jadi, pertimbangkan dengan betul tips yang saya berikan. Kek cawan yang sempurna akan mempunyai permukaan yang mendatar (flat) atau sedikit meninggi macam bukit tetapi tidak pecah atau merekah sangat. Kek cawan ini sesuai dihidangkan ketika panas kerana coklat masakan di dalam kek cawan itu masih cair. Sekiranya anda ingin menjamunya tetapi ia telah sejuk, gunakan microwave anda dan panaskan dalam masa 20 hingga 30 saat.

Tags: , ,
Previous Post
Kek Coklat Tanpa Telur
Resepi

Resepi Kek Coklat Tanpa Telur Sedap

Next Post
resepi ayam masak butter basah sedap
Resepi

Resepi Ayam Masak Butter