kek coklat tanpa telur

Resepi Kek Coklat Tanpa Telur

Resepi pencuci mulut terbaru saya adalah resepi kek coklat tanpa telur yang sangat sesuai dijamah bagi mereka yang alergik dengan telur atau memang tidak suka menggunakan telur dalam menu mereka. Kek ini sangat lembut dan rasanya sama seperti kek biasa yang mempunyai telur. Anda boleh mengubah perasanya dengan mudah, hanya gantikan koko dengan perasa yang anda inginkan. Perasa ini boleh terdiri daripada perasa semula jadi atau yang kita boleh dapatkan di pasaraya. Contohnya, perasa pandan yang anda boleh dapatkan dengan merenah dan mengkisar pandan lalu ekstraknya di perah keluar.

kek coklat tanpa telur

Kek menjadi kegemaran ramai orang dari pelbagai tingkat umur, tua dan muda. Kalau contohnya anda tiada masa untuk memasak, anda boleh beli kek di bakeri. Kekurangan kek di bakeri adalah ia tidak memenuhi keinginan kita. Kadang-kala kek itu terlalu manis atau tawar, kurang krim, terlalu kering dan banyak lagi sebab lain. Membuat kek sendiri boleh memenuhi kesemua kehendak serta citarasa kek kita. Bagi mereka yang sudah pakar, mereka akan dapat menyelaraskan setiap bahan-bahan tersebut untuk mendapatkan saiz kek yang mereka mahukan. Sudah tentu ini daripada pengalaman(trial and error) yang mereka telah jalani dalam proses pembelajaran pembuatan kek. Kek juga boleh menjadi perniagaan sampingan anda, jadi amat berbaloi dipelajari.

Bahan bahan Kek Coklat Tanpa Telur

  1. 200g Serbuk kek
  2. 30g Serbuk koko
  3. 100g Gula kastor
  4. Esen vanila (1 sudu kecil)
  5. 20g Minyak sayuran/jagung atau ganti butter yang dicairkan
  6. 150g Yogurt original(tanpa perasa)

Cara penyediaan

  1. Panaskan oven selama 5 minit sebelum mula membakar kek supaya suhu sentiasa kekal dan tidak kekal.
  2. Masukkan minyak sayuran/jagung atau ganti butter, gula kastor, yogurt dan serta esen vanilla. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan koko dan tepung kek yang telah diayak/ditampi(sifted). Gaul lagi sehingga sebati.
  4. Bakar dengan suhu 180 degree selama 35 minit. Gunakan lidi dan cucukkan pada bahagian tengah untuk memeriksa sama ada kek telah masak atau tidak.

Anda boleh cairkan coklat masakan untuk membuat hiasan pada kek anda, selain itu anda juga boleh cairkan Milo jika coklat masakan tiada. Bagi yang pandai membuat whipping cream, anda boleh membuat hiasan yang lebih setelah anda meletakkan milo/coklat masakan di atasnya. Ingat, pastikan coklat masakan atau milo yang telah dicairkan itu menyejuk di atas kek dan bukannya setelah sejuk baru diletakkan di atas kek kerana coklat masakan akan menjadi keras tetapi Milo tidak akan memberikan sebarang perbezaan pada kek anda kerana ia tidak akan mengeras.

Jadi lepas ni anda boleh menjamah kek kegemaran anda tanpa risau dengan alergik yang anda hadapi. Alergik tu adakalanya boleh diubati dan adakalanya tidak. Jangan biarkan penyakit alergik dan berlarutan, jumpa doktor dengan segera. Kek ini tidak memerlukan masa yang lama untuk dibakar kerana ia tidak mengandungi telur dan akan menjadi kering sekiranya dibakar pada masa yang panjang. Sebaiknya, kek dihabiskan dalam masa sehari atau dua hari kerana ia akan menjadi kering apabila anda biarkannya di dalam peti sejuk lebih daripada 2 hari. Kek ini tidak ringan dan tidak berat kalau bagi saya, tidak ringan seperti sponge cake. Ya, banyak yang tidak suka akan sponge cake kerana mereka tidak berasa kenyang walaupun selepas menjamah lebih daripada 2 keping kek sponge cake. Cubalah resepi kek tanya telur saya hari ini, anda sekeluarga pasti sukakannya.

Tags: , , ,
Previous Post
Resepi Ayam Rangup Korea Dakgangjeong Resepi Ayam Rangup Korea Dakgangjeong
Resepi

Resepi Ayam Rangup Korea Dakgangjeong

Next Post
Resepi Buncis Resepi Buncis Sihat dan Enak
Resepi

Resepi Buncis Sihat dan Enak

Leave a Reply