Resepi Kuah Ikan Kunyit Sihat Resepi Kuah Ikan Kunyit Sihat

Resepi Kuah Ikan Kunyit Sihat

Resepi kuah ikan kunyit sihat kerana ia menggunakan ikan dan tidak menggunakan minyak yang banyak. Bergantung dengan ikan yang anda bakal gunakan, kebanyakan ikan selamat untuk dimakan. Terdapat ikan yang mungkin menyebabkan alahan terhadap kita jadi kita kena sentiasa berhati-hati dalam pemilihan bahan-bahan masakan kita. Alahan yang terjadi berbeza terhadap setiap individu, ada yang merasa gatal pada kulit atau pada bahagian mulut. Ok, saya tahu saya dah bercerita sikit berkenaan kesihatan tapi saya kena kongsikan apa yang saya tahu kerana ia mungkin boleh membantu sedikit sebanyak dari pembaca saya. Kalau mahu tengok bahan-bahan dan cara penyedia resepi ni, anda boleh terus baca bahagian bawah.

Resepi Kuah Ikan Kunyit Sihat Resepi Kuah Ikan Kunyit Sihat

Bahan-bahan Kuah Ikan Kunyit Sihat

  1. Ikan merah/pisang-pisang yang telah disiang dan dibersihkan (pilihan ikan ikut suka)
  2. Halia 2cm
  3. Kunyit hidup atau serbuk kunyit
  4. Serai 2 batang
  5. Bawang merah dan putih 4 ulas
  6. Daun bawang dipotong mengikut suka
  7. Tomato 2 biji

Cara penyediaan

  1. Pertama kali anda harus blender bawang bawang, kunyit, halia dan serai tadi sehingga sekata. Jika anda ingin menambah sedikit rasa pedas anda boleh menambah beberapa biji lada bergantung dengan ketahanan kepedasan anda. Sekiranya anak-anak anda turut menikmati hidangan ini saya syorkan supaya anda tidak menggunakan badak atau menggunakannya hanya sebiji bagi mengelakkan anak anda kepedasan lada tersebut.
  2. Setelah minyak panas, masukkan kesemua bahan bahannya tadi ke dalam kuali. Masak sehingga naik wangi bahan-bahan tadi. Kemudian, tuangkan sedikit air kira-kira 200ml. Sekiranya anda tidak menggunakan kunyit hidup, anda perlu memasukkan serbuk kunyit dan tunggu sehingga ia masak barulah anda meletakkan air.
  3. Jika air telah mendidih masukkan ikan serta tomato dan tunggu beberapa minit. Dalam 8 minit, anda boleh hidangkan menu ini. Kita mahu ikan serta tomato kita masak dengan sekata tetapi tidak terlebih masak kerana isi ikan serta tomato tadi akan hancur sekiranya terlebih masak. OK, jangan lupa hias menggunakan daun bawang yang telah dipotong tadi.

Sesetengah orang lebih sukar untuk menghiris semua bahan tadi dan sesetengah lagi lebih suka untuk mengisar bahan-bahan menggunakan blender. Bagi saya lebih baik kita menggunakan blender supaya bahan-bahan tersebut hancur secara sekata dan jus-jus dari bahan-bahan tadi menambah wangi kepada masakan kita. Jika anda tidak percaya kepada teori ini anda boleh membuat perbandingan masakan anda menggunakan bahan-bahan atau bahan yang telah dipotong secara manual menggunakan pisau. Saya memilih untuk menggunakan ikan pisang-pisang atau merah, mungkin ikan ini mempunyai pelbagai nama di beberapa bahagian atau Daerah lain. Ikan ini mempunyai isteri yang manis dan berlemak serta sangat sedap. Namun harganya mungkin lebih mahal berbanding ikan-ikan yang lain tetapi ia sangat berbaloi.

Untuk resepi kuah ikan kunyit sihat ini, saya selalu menggunakan tomato bagi menambahkan khasiat serta keenakan resipi ini. Tomato akan menambahkan sedikit rasa masam yang semulajadi lalu mempelbagaikan rasa dalam sup anda. Kini anda mempunyai terasa masin sedikit masam. Dari segi hasiat tomato memang diketahui dari zaman dahulu membekalkan kita dengan antioksidan, vitamin C dan K, tomato kini digunakan dalam pelbagai resipi dan juga dalam produk kosmetik. Kalau anda ikuti trend terbaru penjagaan muka dari negara Korea, anda boleh lihat mereka menggunakan pelbagai bahan-bahan salah satunya ialah tomato. Oleh itu, jangan hairan apabila anda melihat pencuci muka atau mask muka yang menggunakan tomato. Jika anda inginkan khasiat dari tomato yang lebih baik, anda juga boleh menggunakan tomato untuk mas muka DIY anda. Sekian untuk resepi kali ini.

Tags: ,
Previous Post
Resepi Ayam Masak Kicap Resepi Ayam Masak Kicap
Resepi

Resepi Ayam Masak Kicap Simple

Next Post
Resepi Sayur Kailan Resepi Sayur Kailan Sedap
Resepi

Resepi Sayur Kailan Sedap

Leave a Reply