Resepi Kuih Cempedak Goreng Rangup

Kuih Cempedak Goreng Rangup ni kalau makan waktu pagi dan waktu petang tu sesuai sangat. Memang sedap Kuih Cempedak Goreng ni sebab rangup dan tidak manis. Jadi, apa rahsia disebalik kerangupan kuih cempedak ini? Kalau anda mahu tahu. Ketahui jawapannya dalam senarai bahan-bahan saya dibawah. Kita tidak pakai bahan-bahan terlarang macam straw atau benda-benda lain ya.

Bahan-bahan

Tepung Gandum (125gram)
Tepung beras (80gram)
Secubit garam
Minyak 10gram (pilihan)
Serbuk kunyit (3gram atau secubit)

Cara Penyediaan
1. Sediakan cempedak di dalam mangkuk. Sediakan sebuah lagi mangkuk untuk menggaul bahan-bahan lainnya seperti tepung beras, garam, minyak dan serbuk kunyit. Ikut sukatan yang telah diberikan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
2. Tuangkan adunan tepung tadi ke dalam mangkuk yang berisi cempedak lalu gaulkannya perlahan-lahan supaya cempedak tidak terbuka dari bijinya.
3. Panaskan minyak dalam kuali, pastikan anda menggunakan api yang kecil untuk memasak cempedak goreng bagi mengelakkan cempedak anda daripada hangus. Tempoh memasak sebaiknya adalah 1 minit bagi setiap sisi cempedak jika anda menggunakan minyak yang sedikit, jika minyak anda gunakan adalah banyak maka anda boleh tenggelamkan cempedak tersebut beberapa kali bagi memastikan kedua-dua bahagian masak. Setelah selesai, toskan cempedak goreng anda dan sebaiknya letak di atas kertas minyak bagi menyerap minyak berlebihan yang tidak baik untuk kesihatan.

Resepi ini sangat sesuai bagi anda yang menjual kuih-muih goreng di pasar atau kedai mahupun untuk santapan sekeluarga di rumah. Sila cuba resepi kami dan tinggalkan komen anda di laman web kami setelah anda mencubanya. Terima kasih.

 
Next Post
Resepi Kuih Donut Gebu Dan Lembut
Resepi

Resepi Kuih Donut Gebu dan Lembut