Resepi Kuih Donut Gebu Dan Lembut

Resepi Kuih Donut Gebu dan Lembut

Resepi kuih donut gebu dan lembut saya kongsikan kerana banyak sangat peniaga yang viral dengan donut gebu di Malaysia ni. Resepi kuih donut gebu dan lembut yang terjamin akan menjadi jika anda ikut betul-betul resepi ini. Anda boleh letakkan coklat cair, keju cair, serbuk gula, cip coklat dan sebagainya untuk menambahkan keriangan serta perasa donut tersebut. Tidak perlu lagi beli donut mahal-mahal di kedai lepas ini, boleh buat sendiri untuk suami dan anak-anak. Sangat menjimatkan duit anda kerana boleh dibuat dengan kuantiti banyak terus.
Resepi Kuih Donut Gebu dan Lembut

Bahan-bahan Resepi Kuih Donut Gebu dan Lembut

200 gram Tepung gandum
Serbuk Yis (11 gram – pakai sepeket)
80ml susu segar yang disuamkan(pengganti: gunakan 2 sudu besar susu pekat dan campur 50ml air)
2 sudu besar gula kastor yang bersuhu bilik(hancur apabila diuli)
1 sudu besar marjerin atau butter
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pelembut roti (pengganti: 1 biji telur)

Cara penyediaan
1. Rendamkan susu segar(atau bancuhan air susu pekat) yang suam-suam kuku bersama dengan serbuk yis selama 10 hingga 20 minit. Yang ini boleh pakai gelas.
2. Di mangkuk besar, masukkan tepung gandum yang telah diayak bagi mengelakkan tepung berketul-ketul.
3. Campur garam, gula kastor ke mangkuk yang berisi tepung gandum.
4. Seterusnya masukkan pelembut roti atau 1 biji telur dan bancuhan yis. Boleh pakai telur saiz apa pun.
5. Masukkan pula marjerin atau butter tadi. Adukkan dan uli sehingga rata dan tepung doh menjadi lembut. Tutupkan adunan menggunakan plastik atau kain dan tunggu satu jam.
6. Selepas satu jam, uli-uli lagi tepung doh tersebut lalu bulat-bulatkan mengikut saiz yang anda suka. Buat saiz sederhana atau kecil kerana doh ini akan membesar kemudian. Tinggalkan tepung doh selama 20 minit lagi untuk mengembang.
7. Setelah itu, anda boleh tebuk lubang di tengah-tengah doh tu supaya jadi bentuk donut. Goreng tepung doh tersebut dengan api perlahan selama 1 minit bagi setiap sisi atau sehingga ia kelihatan keemasan. Angkat donut dari kuali dan campur serbuk gula ising atau mengikut pilihan anda.

Kalau anda alergik dengan telur, anda wajib dapatkan pelembut roti supaya resepi ini berjaya. Hah! Dah cuba resepi ini? Memang gebu dan lembut kan? Resepi ini boleh juga anda gunakan untuk berniaga, InsyaAllah akan laris. Selalunya donut begini laku dengan harga 50 sen hingga RM1 sebiji, terpulang dengan anda untuk meletakkan harga pada donut jualan anda nanti. Saya harap jualan anda akan laris.

Untuk mendapatkan idea terbaik untuk hiasan donut gebu ini, anda boleh lihat contoh daripada kedai terkemuka seperti Dunkin Donut dan Big Apple. Gabungkan kreativiti anda dengan idea yang anda telah jana, pasti hasilnya bagus! Saya sudah mencuba pelbagai resepi donut sebelum ini tapi ini sahaja yang berjaya memberikan hasil yang saya inginkan. Saya percaya resepi ini tidak akan menghampakan anda seisi keluarga. Anak-anak paling suka makan donut macam ini, rasanya kanak-kanak kebanyakan membesar dengan kuih donut. Pasti seorang kanak-kanak akan merasa sebiji donut dalam hidupnya. Marilah kita buat donut gebu yang lembut dan tidak dapat dilupakan untuk keluarga kita.

Tags:
 
Next Post
Kek Coklat Tanpa Telur
Resepi

Resepi Kek Coklat Tanpa Telur Sedap