Resepi Mee Hoon Goreng Resepi Mee Hoon Goreng

Resepi Mee Hoon Goreng

Mee hoon goreng menjadi kesukaan ramai orang selan daripada mee tiaw goreng kerana kadar kalorinya yang rendah dan tidak akan menaikkan berat badan. Lagipun, mee hoon sesuai dihidangkan setiap masa seperti untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Menu ini turut dijamukan ketika majlis atau jamuan. Kos yang diperlukan untuk penyediaan menu ini sangat rendah kerana mee hoon satu plastik boleh dihidangkan untuk 4 orang dan satu plastik mee hoon ini hanya berharga RM2.50. Terdapat pelbagai jenis mee hoon dan anataranya ialah Mee hoon Cina yang telah memasuki masakan negara jiran Asia Timur seperti Korea (jajangmyeon) dan Jepun (ramen), serta negara-negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Filipina, Thailand, dan Kemboja.

Resepi ini merupakan resepi simple turun-temurun oleh ibu saya, waktu kecil-kecil selalu ibu selalu masakkan mee hoon ni. Dah besar sekarang pun saya masih sentiasa teridam-idamkan tetapi kini saya masakkan untuk ibu saya pula. Baiklah, kita boleh teruskan masakan kita dengan berpandukan informasi di bawah.

Resepi Mee Hoon Goreng Resepi Mee Hoon Goreng

Bahan-bahan Resepi Mee Hoon Goreng

  1. 250gm mee hoon direndam dengan air
  2. Udang kering sesudu besar
  3. Isi ayam atau dada ayam yang dipotong kecil (50gm/100gm)
  4. Bawang putih 4 ulas
  5. Sayur Bawang (ikut suka)
  6. Cili kering 3 ulas
  7. Cili besar 1 ulas

Cara penyediaan

  1. Keluarkan air dari mee hoon yang direndam tadi supaya mee hoon tidak kembang. Selalunya saya hanya rendam mee hoon selama 30 minit supaya tidak terlalu lembut.
  2. Hiris bawang putih senipisnya. Manakala, udang kering itu ditumbuk separa atau ditumbuk sikit supaya tidak terlalu hancur. Pastikan anda cuci udang kering tersebut sebelum menumbuknya kerana jika anda mencuci udang kering yang telah ditumbuk, ia akan tercerai berai. Selepas itu, masukkan pula isi ayam dan tumis sekejap. Cili kering boleh ditumbuk atau boleh gunakan blender untuk menghancurkannya sedikit. Jangan terlalu hancur kerana kita tidak mahu tekstur sebegitu.
  3. Panaskan minyak di kuali yang panas dan masukkan bawang dan udang kering yang ditumbuk separa. Tumiskannya sehingga naik bau. Setelah itu, masukkan cili kering tadi dan tumis lagi dalam seminit dua. Masukkan sesudu besar kicap manis dan sesudu kecil kicap masin.
  4. Setelah itu, ambil mee yang telah ditoskan tadi dan masukkan ke dalam kuali. Sila tambahkan garam mengikut suka. Sekiranya mee hoon anda kelihatan masak sedikit, masukkan cili merah dan daun bawang kecil yang telah dipotong lalu gaul sehingga rata, tunggu lagi selama seminit dan bolehlah anda angkat mee hoon anda dari kuali.

Saya suka goreng telur mata lembu dan letakkan di atas mee hoon saya. Sesetengah orang lebih suka jika telur dicampur terus ke dalam masakan mereka tetapi jika ada sesiapa yang alergik terhadap telur dalam keluarga anda, mereka mungkin tidak dapat menjamu mee hoon ini. Kalau telur di masak berasingan dengan mee hoon, mereka dapat menggantikan telur dengan bahan lain seperti hotdog atau mungkin nugget. Jadi, itu salah satu cara saya buat supaya semua orang dapat makan menu mee hoon ini.

Resepi yang saya kongsikan kali ini amat berbea dengan mee hoon yang kebiasaannya dimasak oleh orang lain kerana saya menggunakan sedikit udang kering supaya aromanya menambahkan kepelbagaian mee hoon saya. Tetapi udang kering adalah pilihan, jika anda alergik terhadap udang kering anda boleh mengecualikannya. Tips untuk ketahui anda alergik dengan udang kering ni senang sahaja. Kalau anda makan udang keringĀ  atau belacan, anda merasakan badan anda gatal. Itu petanda. Jika berlaku sedemikian, segera berjumpa doktor supaya penyakit tersebut tidak melarat.

Tags: , , ,
Previous Post
Resepi Sambal Ayam Resepi Sambal Ayam Goreng
Resepi

Resepi Sambal Ayam Goreng

Next Post
kek cawan tanpa telur
Resepi

Kek Cawan (Cupcake) Tanpa Telur

Leave a Reply