Resepi Nasi Goreng Kampung Resepi Nasi Goreng Kampung

Resepi Nasi Goreng Kampung

Resepi nasi goreng kampung adalah makanan tradisional yang boleh disediakan dalam masa yang singkat dan kebanyakan bahan tersedia di dapur anda. Saya suka menggunakan serbuk nasi goreng kampung keluaran Seri Aji juga tetapi ini hanyalah pilihan, kalau anda tiada serbuk ini anda boleh menggantikannya dengan Maggi secukup rasa. Penggunaan serbuk pasti akan memberikan rasa yang berlainan berbanding tanpa penggunaannya. Namun, mereka yang mengalami masalah rambut gugur harus menjauhkan perasa MSG kerana ia akan menambah teruk kondisi rambut gugur anda. Sebaiknya, kita gunakan bahan semulajadi sahaja jika boleh atau hadkan penggunaan bahan-bahan berunsurkan MSG. Bukan sahaja masalah rambut gugur, penyakit lain juga mungkin akan bertambah teruk jika penggunaan MSG diambil dengan banyak.

Bagi anda yang ingin menjaga berat badan, anda dinasihatkan jangan terlalu mengambil banyak nasi kerana kandungan karbohidratnya boleh menggemukkan badan. Malah, mereka yang menghidap penyakit diabetes juga disyorkan makan beras perang kerana karbohidratnya rendah berbanding beras biasa yang berwarna putih. Walaupun belum ada sesiapa yang pernah mencuba resepi nasi goreng kampung menggunakan beras perang, mungkin ada boleh mencuba kelainan ini. Beras perang memang bagus untuk kesihatan dan mempunyai rasa semulajadi yang unik. Beras biasa yang berwarna putih juga mempunyai rasa manis tersendiri tetapi seperti yang saya katakan tadi, ia mengandungi banyak karbohidrat. Jika anda tidak mempunyai pilihan lain selain nasi putih, anda bolehlah mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit.

Resepi Nasi Goreng Kampung Resepi Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan Resepi Nasi Goreng Kampung

  1. Nasi sejuk 2 cawan
  2. Ikan bilis secawan kecil
  3. Sayur bunga 8 helai atau sayur panjang 1 batang
  4. Bawang putih 2 ulas
  5. Telur sebiji
  6. Serbuk lada sesudu kecil

Cara penyediaan

  1. Masukkan minyak secukupnya atau lebih kurang 5 sudu besar supaya nasi goreng kita tidak melekat di kuali. Goreng ikan bilis sehingga sedikit keperangan dan masukkan bawang putih yang telah dipotong atau dihiris sebentar tadi.
  2. Masukkan pula serbuk lada, sos tiram dan serbuk nasi goreng kampung seri aji sebanyak dua sudu besar. tunggu 10 saat.
  3. Pastikan anda leraikan nasi tersebut supaya senang dimakan dan senang diratakan bersama bahan lain. Masukkan nasi goreng dan ratakan bahan-bahan tadi. Anda harus merasa masakan anda terlebih dahulu sebelum anda menambah sebarang perasa kerana kita telah menambah pelbagai perasa pada awalnya jadi kita hendak mengelakkan masakan kita dari terlalu masin.
  4. Berikan sedikit ruang untuk telur yang bakal kita masukkan, anda disyorkan menuang sedikit minyak makan supaya telur tidak melekat ke kuali anda. Sekarang, pecahkan telur di bahagian itu dan gaul sedikit untuk meleraikannya, tunggu lagi dalam 10 saat dan gaul lagi untuk memastikan ia terlerai. Setelah telur kelihatan masak, anda gaul rata telur itu bersama nasi.
  5. Masukkan sayur bunga atau sayur panjang yang dipotong kecil dan gaul bersama nasi tersebut, tunggu sehingga 2 minit dan siap untuk dihidangkan.

Resepi ini kita hanya menggunakan ikan bilis dan bukannya daging ayam sebab kalau kita pakai daging ayam, nama resepi ini akan menjadi nasi goreng ayam. Nama resepi ini menggambarkan bagaimana mudahnya penyediaan resepi ini dan boleh disediakan di mana jua. Kali pertama saya makan nasi goreng kampung di restoran adalah kedai masakan orang jawa. Masakan mereka memang sedap! Dari menu nasi goreng hingga ke soto, saya bagi 5 bintang penuh. Mungkin untuk resepi nanti, saya akan menulis cara penyediaan soto ayam pula. Sekian untuk resepi kita kali ini.

Tags: ,
Previous Post
Resepi Ayam Bakar Madu Resepi Ayam Bakar Madu
Resepi

Resepi Ayam Bakar Madu

Leave a Reply