Resepi Sambal Ayam Resepi Sambal Ayam Goreng

Resepi Sambal Ayam Goreng

Resepi sambal ayam menjadi kegemaran keluarga saya dan saya membuat resipi ini secara atas permintaan keluarga. Kalau makan sambal ayam dengan nasi panas, sedap tidak terhingga jawabnya! Boleh tambah lagi 2 pinggan nasi. Kita rakyat Malaysia ini sudah sebati sangat dengan sambal sebab nasi lemak pun ada sambal juga cuma tidak berapa pedas berbanding kalau sambal yang digunakan dalam masakan ayam atau ikan. Kepedasan sambal anda sudah tertentu bergantung dengan jumlah lada yang anda tambahkan pada bahan masakan anda tetapi ia boleh diimbangi menggunakan gula dan sesetengah orang menggunakan asam jawa.

Resepi Sambal Ayam Resepi Sambal Ayam Goreng

Bahan-bahan Resepi Sambal Ayam

8 ketul paha ayam
1  sudu besar serbuk kunyit
Bawang besar 2 biji dipotong bulat
Kentang 1 biji
Belacan sedikit (1 camca sudu teh)

Bahan-bahan A
Halia 2 inci
Cili kering 15 biji
Bawang Merah 5 ulas
Bawang Putih 8 ulas
Serai 2 batang

Cara penyediaan
1. Basuh bahagian paha ayam sebersihnya dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan serbuk kunyit serta garam lalu gaul bersama Ayam tadi. Proses pertama adalah untuk menggoreng ayam separuh masak atau sehingga ayam keperang-perangan. Setelah selesai, anda disyorkan untuk menggunakan kertas minyak bagi menyerap minyak minyak yang terdapat pada paha ayam yang telah digoreng tadi.
2. Sementara kita menunggu ayam selesai digoreng, kita boleh menjimatkan masa kita dengan melakukan dua kerja dalam satu masa iaitu mengisar bahan-bahannya senaraikan pada bahan-bahan A. Kita menggunakan bawang putih lebih daripada bawang merah supaya masakan kita lebih beraroma. Sekarang kita tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik wangi atau baunya. Kalau resepi sambal memang tidak lengkap tanpa belacan segar, jadi kita akan campurkan sedikit belacan yang telah dibakar ke dalam kuali. Anda yang alergik dengan udang kering atau belacan boleh langkau bahagian belacan ini, maksudnya tidak perlu memasukkan belacan dalam masakan anda. Biarkan masak sehingga pecah minyak.

3. Setelah pecah minyak, anda boleh masukkan air sebanyak 200ml. Masukkan kentang yang dihiris tadi supaya masak tepat pada masanya. Kalau lambat masukkan kentang, nanti lambat masak pula. Akhir sekali, masukkan ayam ayng telah digoreng sekiranya anda nampak kuah sambal itu sudah mendidih. Biarkan sekejap dalam 3 hingga 5 minit, pastikan anda perlahankan api menjadi sederhana atau kecil supaya kuah sambal itu menjadi pekat dan bukannya kering. Waktu ini sudah boleh tambah garam dan gula jika mahu. Kepedasan sambal itu dapat dikurangkan dengan air asam jawa atau gula tetapi ianya pilihan sahaja.

Kalau anda inginkan sambal yang sedikit berlemak, boleh cuba letakkan sedikit santan. Amat sesuailah kalau anak-anak turut menjamu makanan ini kerana santan tersebut juga boleh mengurangkan rasa pedas. Saya mencadangkan anda juga mengurangkan jumlah cili kering jika perlu tetapi ini mungkin memberi kesan pada masakan anda. Dalam masakan, kita kena sentiasa mencuba teknik-teknik baru jadi inilah waktunya anda mencuba teknik yang berkesan untuk anda.

Tags: ,
Previous Post
Resepi Kari Ayam Resepi Kari Ayam
Resepi

Resepi Kari Ayam / Ikan Sedap

Next Post
Resepi Mee Hoon Goreng Resepi Mee Hoon Goreng
Resepi

Resepi Mee Hoon Goreng

Leave a Reply