Resepi Sayur Kailan Resepi Sayur Kailan Sedap

Resepi Sayur Kailan Sedap

Hari ini kita akan masak menu yang lebih sihat iaitu sayur. Biasanya di China, Kai Lan akan kacau goreng yang dicampur dengan ayam, halia dan wain. Nama lain dari sayur ini adalah brokoli Cina, kale Cina, dan Gai Lan (Dalam Kantonis). Resepi sayur kailan resipi yang sangat popular di restoran nasi ayam. Tapi harganya pun boleh tahan juga boleh mencecah sehingga RM6 ringgit. Oleh itu saya cari info cara untuk memasak sayur kailan tumis sebiji seperti restoran nasi ayam. Prosesnya serta bahan bahannya ikan boleh didapati di pasar raya dengan harga yang berpatutan. Dalam kiraan saya jika anda hanya memerlukan satu bahan utama iaitu sayur kailan anda hanya mengeluarkan belanja untuk sayur tersebut dengan harga RM 2 atau RM3. Kalau pergi restoran nasi ayam dengan harga RM6 pastinya tidak cukup kerana kuantiti yang sedikit. Okey jom kita layan resepi kali ini, kita lihat bahan-bahannya terlebih dahulu.

Resepi Sayur Kailan Resepi Sayur Kailan Sedap

Bahan-bahan Resepi Sayur Kailan

1. Sayur kailan seikat
2. Bawang putih 6 ulas yang dicincang
3. Sos tiram sesudu besar
4. Tepung kanji setengah sudu kecil
6. Bilis Atau udang kering
7. Halia 1cm

Cara penyediaan
1. Anda wajib untuk membersihkan sayur kailan yang telah dibeli tadi satu persatu bagi membersihkannya secara menyeluruh daripada bahan penyembur anti serangga serta dari binatang yang mungkin melekat pada sayur tersebut.

2. Didihkan air secukupnya dan masukkan sayur kailan tadi selama satu hingga dua minit sahaja supaya saya tidak terlebih masak. Setelah itu ketepikan sayur tadi dan kita akan mulai memasak kuah bagi sayur kailan itu.

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak seperti biasa dan pastikan minyak tersebut betul-betul panas sebelum anda memasukkan bawang putih serta halia yang telah dicincang tadi serta bilis atau udang kering. Pastikan bawang anda masak sehingga warna keperang-perangan. Sekarang masukkan air kanji dan sos tiram yang telah dibancuh secukupnya ke dalam kuali tunggu sehingga air tadi mendidih dan menjadi pekat proses ini akan mengambil kurang dari dua minit setelah ialah diri anda masukkan sayur kailan yang telah direnehkan sebentar tadi tunggu sehingga 15 saat atau mengikut suka anda baru dihidangkan. Jika anda ingin menghias sayur kailan ini anda boleh menggunakan bawang goreng.

Berdasarkan kajian, Kai Lan adalah sayuran yang mempunyai tahap nutrien yang tinggi. Kerana Kai Lan mengandungi banyak nutrien seperti beta karoten, vitamin k, vitamin c, lutein, zeahanthin dan kalsium tinggi. Oleh sebab itu, Kai Lan boleh dilakukan sebagai antioksidan semulajadi dan anti keradangan bagi tubuh kita. Kai Lan adalah sayuran yang mengandungi vitamin C yang lebih tinggi daripada oren. Ia boleh memberikan 134% nutrien bahawa tubuh kita diperlukan manakala sumbangan jeruk hanya sekitar 113%. Selain itu, Kai Lan juga boleh menyediakan vitamin A lebih tinggi daripada sayur-sayuran hijau yang lain.

Baiklah resepi kali ini telah selesai. Saya harap anda berpuas hati dengan resepi mudah ini dan jangan lupa kongsikan bersama kami bersama rakan-rakan.

Tags: ,
Previous Post
Resepi Kuah Ikan Kunyit Sihat Resepi Kuah Ikan Kunyit Sihat
Resepi

Resepi Kuah Ikan Kunyit Sihat

Next Post
Resepi Char Kuey Teow Resepi Char Kuey Teow
Resepi

Resepi Char Kuey Teow

Leave a Reply